Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Set Induksi

  • Guru mempamerkan gambar Orang Utan. (Pemerhatian).
  • Guru mengemukakan soalan: (Kemahiran berfikir).
    • Bolehkah kamu menamakan haiwan yang terdapat di dalam gambar?
      • Jawapan murid: Orang Utan
    •  Di manakah haiwan ini boleh didapati?
      • Jawapan murid: Dalam hutan seperti di Hutan Simpan Sepilok, Sabah
      •  Mengapakah Orang Utan dilindungi di Hutan Sepilok?
        • Jawapan murid: Supaya Orang Utan tidak pupus
    •   Guru mengaitkan jawapan tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Langkah 1

  • Guru mengaitkan flora dan fauna dengan pengetahuan sedia ada murid. (Konsruktivisme).
  • Guru mempamerkan empat keping gambar flora dan fauna kepada murid seperti yang berikut:
 

  • Murid diminta menamakan flora dan fauna yang dipamerkan oleh guru. (Kemahiran berfikir).
  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang kegiatan ekonomi yang mungkin dijalankan di kawasan habitat flora dan fauna berkenaan.
    • Apakah kegiatan ekonomi yang mungkin dijalankan di kawasan habitat tersebut?
      • Jawapan murid: Pembalakan, pembinaan, perindustrian dan jalan raya.
    • Apa akan terjadi kepada flora dan fauna di kawasan ini jika kegiatan ekonomi tersebut dijalankan?
      • Jawapan murid: Tiada tempat tinggal, sukar mendapat makanan, dan flora dan fauna akan pupus.
    • Apakah cadangan kamu untuk mengatasinya?
      • Jawapan murid: Laksanakan kegiatan ekonomi di tempat lain, pindahkan haiwan ke zoo dan wujudkan Taman Negara.
  • Guru merumuskan jawapan murid dengan menjelaskan bahawa kegiatan ekonomi perlu dijalankan untuk kepentingan pembangunan negara, namun semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga alam sekitar.
Langkah 2
  • Murid diminta mencari maklumat tentang bagaimana kegiatan ekonomi boleh menjejaskan alam sekitar. (Inkuiri penemuan).
  • Guru menjelaskan kegiatan ekonomi yang tidak dikawal boleh menyebabkan sesuatu sumber semula jadi mengalami kepupusan. (Konstruktivisme).
  • Guru mengedarkan borang TOC (Sebab dan Akibat) untuk dilengkapkan oleh setiap murid.
  • Murid diminta meramalkan akibat daripada kepupusan sumber terhadap kegiatan ekonomi. (Kajian Masa Depan).
  •  Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk membentangkan pendapat mereka.
Rumusan
  • Murid menyanyikan lagu 'Bunyi Haiwan' beramai-ramai sambil menggayakan aksi haiwan yang dinyanyikan. (Kecerdasan pelbagai: muzik).