Maklumat Tambahan

1. Nota Guru
    • Guru boleh menggunakan poster di sebelah untuk menjelaskan kepada murid tentang pencemaran sungai. Poster ini diperoleh daripada laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
    • Pencemaran marin berpunca daripada kumbahan bahan kimia, tumpahan minyak, pembuangan sampah, penyebaran radioaktif dan perubahan haba.
2. Perbendaharaan Kata 
    • Habitat - tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup semula jadi.
    • Toksik - beracun.
    • Kepupusan - habis lenyap sama sekali.
    • Kawasan tandus - kawasan berpasir yang tidak diliputi tumbuh-tumbuhan.
3.  Sumber Rujukan

     Goh Cheng Leong, 2001. Atlas Eksplorasi Geografi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.